Monday, 16 May 2011

Pengucapan Awam (reka sendiri)

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengerusi majlis,guru-guru dan rakan rakan seperjuanganku. Saya Nor Raihan Bt Annuar Bt Annuar dari kelas 1 Gigih ingin menyampaikan sebuah pengucapan awam yang bertajuk "Merokok Membahayakan Kesihatan". Rokok dibuat daripada bahan kimia seperti nikotin atau tar. Sebagai contoh, nikotin sangat berbahaya kepada jantung dan urat saraf, seterusnya mengakibatkan saluran darah mengecut. Bahaya merokok ini bukan saja menimpa perokok malahan orang di sekeliling mereka turut terdedah kepada bahayanya asap rokok. Bagi wanita hamil pula, bayi yang bakal dilahirkan mungkin cacat. Tabiat merokok juga merupakan suatu pembaziran. Andaikan dalam sehari, perokok menghabiskan wang sebanyak RM5 untuk membeli sekotak rokok, jumlah perbelanjaan untuk sebulan adalah RM150. Jika kita warganegara yang senantiasa beringat & memikirkan masa depan,tabiat suka merokok wajar dihentikan kerana tidak membawa apa-apa manfaat. Setelah berjinak-jinak dengan rokok, remaja mula memberanikan diri untuk mencuba najis dadah. Kesimpulannya, merokok bukanlah tabiat yang baik malah dapat menghancurkan masa depan individu,keluarga,masyarakat dan negara. Sekian, Terima kasih..
______________________________________________

hahaha..okeh tak aku nyer pengucapan awam ??
nie aku reka sendiri tau x !!
2 hari aku cuba reka menda nie..
akhirnyer berjaya jugakk..!!
cuma nak kena hafal n paham kan je..
seMoga aku dapat menghafal mende nie..,,,AMIN..! -__*

3 comments:

NoR RyHaN said...

huhuhuhu...

NoR RyHaN said...
This comment has been removed by the author.
NoR RyHaN said...

hehehehe

My SeLf

My SeLf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...